BANJIR MADINAH 2013 - JASAD PARA SAHABAT NABI TIMBUL MASIH UTUH DAN BERDARAH.
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.
Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.
Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan
semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang
ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana
diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.
Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup
lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah
beberapa ribu tahun.Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga
dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang
sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke
Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat
berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh
Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh
sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur
syahid di perang Uhud.Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu,
bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa
pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi
Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad
mereka.
Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan
tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan
kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada
kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur
syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah
kawasan perkuburan yang terkenal.
Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan.
Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir.
Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di
Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti
secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan
kita semua ke darjat para syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk
yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.”
SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah.
Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para
syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut
bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan
kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul
Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami
Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku
memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang
yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.
Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain
engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang,
maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara
perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi
hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur
bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan
mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama
kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )
Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam
perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka
jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh
mayat seharusnya sudah hancur.Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka
bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi
mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh
tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah
melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.
Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja.
(dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad
Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali
terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah
Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.
0 komentar:
Post a Comment